Welcome

Selamat Datang Orang-Orang yang Terpelajar. Kencangkan Sabuk Pengaman. Blogger yang Baik Selalu Membaca Postingan Sampai Habis.
English French Spain Dutch Japanese Arabic Chinese Simplified

Sunday, 2 October 2011

Kisah Si Botak, Si Sopak dan Si Buta

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si sopak "Jika Allah hendak karuniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mau?" Si sopak menjawab, "Saya mau kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak. "Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikaruniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si botak dengan pertanyaan yang sama. Si botak menjawab, "Saya mau kepala saya berambut sepeeti semula supaya kelihatan bagus dan diberikan harta yang banyak. "Tiba-tiba, dengan karunia Allah si botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si buta dengan pertanyaan yang sama pula. Si buta menjawab, "Saya hendak mata saya diberi penglihatan kembali dan diberikan harta yang banyak. "Dengan takdir Allah, mata si buta dapat melihat kembali dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan kembali malaikat untuk berjumpa dengan ketiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit uang. 'Si sopak' itu tidak memberi hartanya, malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak dan miskin. Allah telah menolong kamu. "Si sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak dan menjadi miskin kembali.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Malaikat meminta bantuan, si botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sadar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Malaikat pun kembali meminta bantuan, si buta memberikan seluruh hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah semuanya. Mata saya yang dapat kembali melihat ini lebih berharga daripada semua harta ini. "Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si sopak dan si botak kekal dengan keadaannya yang semula.

Moral & Iktibar :

- Allah mengaruniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara  mereka yang bersyukur.
- Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah.
- Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan.
- Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur.
- Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah.
- Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
- Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

2 comments:

  1. alhamdulillah,.,., kita memang harus slalu brsyukur atas nikmat yg Allah berikan

    ReplyDelete
  2. Yups... bener sekali... dan ingat, diatas langit, masih ada langit..

    ReplyDelete

Entri Populer